Sarang Burung Walet
Kebanyakkan dari masyarakat kita mungkin telah mengetahui sarang burung walet tapi segelintir masih kurang pemahaman tentang sarang burung ini. Terbentuk dari air liur burung walet yang mengering, khasiat sarang burung walet (Collocalia fuciphaga) cukup terkenal di dunia.
Telah banyak R&D telah dilakukan, sarang burung walet mengandung 200 glikonutrien yang memiliki fungsi utama memulihkan dan merawat sel tubuh.
Sarang burung walet memang berkesan untuk mengembalikan kesihatan yang baik dan menguatkan immunisasi dalam tubuh badan seseorang dan juga dapat melawan pelbagai jenis peny.akit. Ini adalah kerana sarang burung walet ini mengandungi asam amino yang didalamnya ada hormon testoteron dan estrogen.
Selain itu, sarang burung walet (edible bird nest) dipercaya memiliki khasiat untuk menyihatkan paru-paru serta menjaga kesihatan kulit dan melambatkan proses penuaan. Beberapa penelitian bahkan menunjukkan bahwa sarang burung walet mampu membantu meneutralkan infuenza, menyembuhkan luka, membuat tulang lebih kuat, dan sangat baik bagi kekebalan tubuh.
Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung walit menjadikannya agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga menjadi agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru.
Hasil daripada eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:
# Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walet dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.
# Sarang burung walet dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga adalah nutrisi yang bagus untuk paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.
# Pengambilan sarang burung walet ketika kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan.
# Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.
# Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
# Untuk kanak-kanak, sarang burung berkenaan dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru.
# Dipilih sebagai makanan yang amat baik kepada para perokok selain dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin dan mencegah serangan barah.
Ingin dapatkan keaslian Jus Herba Walit yang diadunkan dengan bahan-bahan sunah untuk memberi kesan yang optimum sila hubungi 012 2856761.
No comments:
Post a Comment